Nur Syahira picture

Nur Syahira picture
Peace!No war!

Sunday, February 6, 2011

Rindunya...!!!!

Ni yang buat aku benci nak menempuh alam sekolah menengah.Kalau sekolah rendah dulu,aku ada ramai juga kawan.Masuk sekolah menengah...Dush!mana Anis?Muna?Syahira?Mursyidah?Sharifah?Mana semua orang pergi?Huwaaaa...diorang dah tinggalkan aku...Diorang dah pergi jauh dan mustahil untuk kembali.

Walaupun mustahil,aku akan tetap doa yang suatu hari nanti,aku akan berkumpul semula seperti dulu.Aku tak akan putus asa.AKU AKAN TERUS BERDOA!

Saturday, February 5, 2011

HoooRRRaYYYYY!!!!!

Wei...pernah tak aku se'happy'ni?tak pernah...Pernah tak aku segila ni?tak pernah beb!Aku ada beberapa cerita yang menarik yang dah lama aku simpan.Semuanya berlaku tahun lepas.tak lebih dari 31 Dec.2010.

1.Aku berjaya dapat 5A!Whoa!!!!Happy ending aku buat setahun.Tak sia-sia usaha aku selama 6 tahun bersekolah dekat SK Subang.

2.Aku juga berjaya dan berhasil dapat mumtaz untuk PSRA.Well walaupun nyawa-nyawa ikan,aku ttetap bersyukur.daripada tak dapatkan...

3.Aku dapat adik baru.Comel...sebiji macam muka aku masa baby dulu.Cuma pipi dia tembam sikit.Sikit saja...

4.Aku akhirnya dapat laptop SENDIRI!!!Lepas ni tak payahlah aku menyusahkan orang sekeliling...

THAT'S ALL!Bye!!!

Friday, December 11, 2009

something hurt my feeling...

Assalamualaikum
Kenapa semua makhluk yang aku sayang tinggal kan aku?Kawan aku bila dapat kawan lain semua biarkan aku macam tu saja.sekarang ni pula...Ikan yang paling aku sayang mati.Lepas tu apa pula?Bila aku nak dapat sesuatu yang kekal dan setia dengan aku?

ya Allah,kau makbulkan doa aku.Kau berikan hamba mu kekuatan untuk tabah dengan semua ni.amin..!

Wednesday, December 9, 2009

Pukul 1 setengah

Whoa!Dah pukul 1 pagi mata tak pejam.Hebat Nur Syahira yang sekarang berada di depan laptop kepunyaan kakak sepupu.

Thursday, November 26, 2009

Entah??

My photo...
hai,hai,hai...
Agaknya kenapa paksu suka panggil aku ni bangla?Dia cakap rupa aku macam BANGLA!!Tak patut betul..Cuba tengok gambar ni...Ada ke hitam legam macam paksu cakap?!Hu hu hu..sedih I tau!

Eh,
sepatutnya aku straight to my point,bukan melalut macam ni.Aku rasa terkesan dengan kebosanan sekarang ni.You know, today is school happy holiday..Tak ada kerja,cari kerjaLAH!

Ain,Kak Fatin,Farahin,semua duduk termenung tengok aku menulis ni.Sah sah semua orang tengah boriiing!

Fine,aku cuma nak bagi tau result aku.4A 1B untuk Sek. Keb.,SRA aku dapat jaid jidan...Better than other...
Bye...

Saturday, November 21, 2009

Happy holiday...

Hai...
Rindunya aku nak tulis dalam blog ni.Tak sangka sekarang dah cuti akhir tahun.Sekejap saja masa berlalu...woops!Tak lama lagi aku Tahun 6.Oh no...UPSR beb..Cam ne ni?But tu kisah lama.Sekarang aku dah ada strategi...Hehe...

Cuti sekolah ni,aku pergi Langkawi.Dengan familylah..tak kan seorang diri?Gerenti mak aku cakap sampai mati pun dia tak benarkan!

Tak dapat bayangkan macam mana bestnya dekat san nanti.Part yang paling aku nantikan naik keretapi...Eh,lupa pula nak bagitau tarikhnya.

1 dec 2009-7 dec 2009( seminggu tau!)
Okeylah..BYE!

Saturday, November 7, 2009

Assalamualaikum...
Baru sekarang aku dapat menulis balik.Sekejap...rasanya dah sebulan setengah aku tinggalkan blog ni.Huaa....

Nak tau tak kenapa aku menangis?Aku sedih sebab tak berjaya dapat 5A untuk peperiksaan akhir tahun.Cuma 4A saja....Ianya adalah lebih baik dari terus dapat 3A.Alhamdulillah.

Wei,
Tau tak makcik aku selamat lahirkan baby dekat Kuala Pilah.Tak silap aku minggu lepas.Baby boy.Aku tak berapa tengok sangat tapi,cutelah juga...

Rasanya tak sampai seminggu Mursyidah kawan dengan aku.Oh,apa silap aku sampai dia marah aku balik??Lantaklah ada aku kisah pasal tu?Nak mengamuk macam singa pun aku tak layan.Dia nak kawan tetiba nak marah pula...

Sampai dekat sini sajalah diary aku.Cukup setakat mana yang aku ingat.Wops...hampir aku lupa.Nak tau tak,aku hantar surat dekat Azfar.Dia nilah boyfriend Mursyidah tapi dah break up.Aku cuma minta biodata saja.Secret tau!